Monday, December 22, 2014

Ayuh bercinta; cafe-taria! :p


Perut berkoncong mengetuk-ngetuk muzik menjemput bidadari. breakfast tadi pukul 9pagi camtu, tak sempat makan tengahari dan sekarang 5.33petang. ahh, sudahh! tadi tak terasa pula perut meragam depan supervisor. habis je consultation, terus start muzik dalam perut.

orang kate, bile kite beri dan buat dengan penuh Cinta, kita tak akan rase lama dan sengsara. hmm hmm. tapi betul-lah, supervisor-ku memang berkepuk-kepuk dengan Cinta! he he. tak kesah-lah manusia lain kate ape ^_^

macam kakak lab assistant, yang dari tolong run-kan machine, sampai boleh tetiba masuk promote kain pasang cotton jualan-nya dan keluar pertanyaan chomel: "best tak dengan Dr. F? saya-kan suke buat lab dengan dia, nampak sangat dia ikhlas nk tolong students" luls. kak H ni chomel sangat.

dah, sudah mengenang kisah lama.

lepas solat asar, terus kunci lab dan pergi cafee. sambil buat muka seposen dekat makcik jual kuih yang tengah basuh tangan "makcik, kuih ape je yang ade petang ni? laparr" sambil memegang nasi dan lauk penuh di pinggan dan beratur dekat kaunter nak bayar --"

"ade-ade, goreng pisang ade. panas lagi ni. meh duduk dkt sini" sambil menyahut penuh Cinta. dan itulah pertama kali duduk dekat ruang cafe luar tu, sebab selalu pakcik, brothers yang makan dkt area luar ni. kebetulan, tak de org. dah balik ke bilik masing-masing agaknya. tinggal-lah aku, makcik dan pakcik jual roti canai dan pekerja cleaner brother di situ. salim namenya kalau tak silap.

hujan renyai-renyai. makcik pulak sibuk kehulur-kehilir, bosan barangkali. kelihatan pula pakcik roti canai dan salim berborak-borak bertanya khabar dan cerita di depan mata. hujan pula tiada tanda nak berhenti. pemandangan dkt area luar cafee ni, wahh best sangat! tambah dengan, di melihat terkedek-kedek anak pakcik roti canai memberikan pinggan berisi roti canai marvellous penuh cinta kepada salim. dan pakcik berkali-kali refuse untuk terima duit dari-nya. "pakcik belanja". ahh, penuh Cinta! :)

dan kini, marilah kembali ke bumi nyata. contengan-contengan pun sudah mewarnai draft thesis yang dihantar tadi, ibarat contengan azfar si anak buah comel-ku itu. kuikui. contengan penuh Cinta katenya. #gelaksopantutupmulut

oh dan ye, Dr. F kate.. buat thesis macam buat story book. so maybe bole banyak-kan berblog mungkin untuk prektis? harhar. ok tak lawak.

Selamat berCinta!


No comments:

Post a Comment